Archive for April, 2009

Tuhan jika mengikut Penafsiran Manusia

April 17, 2009

Adakalanya kita tidak sedar apa yang dicari itu hanya di depan mata.  Terutamanya apabila kita berbicara mengenai pencarian tuhan. Tuhan ada di depan kita, mendengar, melihat, bersama – sama kita dalam keadaan apa jua sekalipun. Tetapi jarang dikalangan kita menghargai kehadiran tuhan disamping kita. Malah setiap kesalahan yang kita lakukan, diiringi dengan nada bangga seperti;

“tidak mengapa, bukan ada orang yang nampak” atau “Tiada siapa pun disini yang tahu kita sedang buat apa”.

Lebih malang lagi jika kita berjumpa dengan mereka yang menghabiskan seluruh hidupnya mencari tuhan akan tetapi tidak juga menjumpainya. Ini kerana mereka tidak faham mengenai konsep tuhan itu sendiri. Tuhan merupakan kewujudan yang bebas dari sebarang sifat – sifat yang berbentuk manusia atau kita.

Sebagai contoh, kita sering mengatakan bahawa tuhan itu satu. akan tetapi satunya tuhan itu bukan seperti satunya dalam perkiraan manusia, akan tetapi satunya tuhan itu adalah dalah pengetahuan tuhan itu sendiri. Tuhan melihat, akan tetapi tafsiran melihat itu tidak seperti melihatnya seorang manusia, tuhan melihat dalam definisinya yang tersendiri. mendengar dengan tafsiranNya yang tersendiri. Besar, Agung, Luas, Bijak, semua sifat – sifat tersebut langsung berbeza dengan tafsiran akal manusia.

Ini kerana, setiap tafsiran yang berlandaskan sifat kemanusiaan, akan diiringi dengan kelemahan dan keterbatasan. Sebagai contoh, jika kita tafsirkan bahawa tuhan itu “satu” sebagaimana tafsiran satu bagi kita, maka bagaimana tuhan itu hendak mentadbir berbillion-billion manusia di merata-rata tempat? itu baru manusia, bagaimana dengan hidupan lain? makhluknya yang lain?

Baiklah jika begitu kita tafsirkan pula bahawa tuhan itu lebih dari satu (politheisme). berapa banyak pula tuhan itu diperlukan untuk mentadbir alam ini? sedangkan para saintis dan astronomer mengatakan bahawa alam ini sentiasa berkembang?

sekarang kita tafsirkan pula bahawa jika tuhan itu satu tidak logik, maka jumlahnya perlu banyak, barulah boleh mentadbir alam ini. Tetapi muncul pula persoalan lain, berapa banyak pula tuhan itu diperlukan? jika setiap saat terciptanya bintang baru, maka untuk satu bintang itu perlu adanya tuhan yang menjaga dan memberikan rezeki untuknya? maka akan wujud pula persoalan baru, tuhan itu boleh diisikah jawatannya? kalau boleh, bagaimana? pilihanraya? dengan berbuat baik? kalau berbuat baik, maka tuhan akan bagi ganjaran kepada kita, maka bila kita mati kelak, jika dilantik menjadi tuhan, bolehlah bagi ganjaran dekat anak – anak, kawan – kawan kita, supaya mereka pun boleh jadi tuhan. Tidak perlulah mereka bersusah payah berbuat amal, kita bagi sahajalah ganjaran. Kalau pilihanraya lagi seronok, bayar sahajalah, sekarangkan popular dengan politik wang.

Bagaimana pula denga persoalan tuhan itu melihat? jika dia melihat sebagaimana kita melihat, maka kita bolehlah menyorok ditempat – tempat yang dia tidak boleh lihat. Belakang tembok ke, bawah jambatan ke, dalam bilik yang tiada pintu, tingkap ke, betul? kalau tuhan itu melihat seperti mana kita melihat, mesti tuhan pun tidak dapat tengok mikroorganisma yang kecil dan sinar infra merah. Masakan pula tuhan boleh mencipta sesuatu yang dia tidak nampak. Jadi mata tuhan kena ada “power”, boleh tengok disebalik dinding, boleh “zoom” dalam – dalam, boleh tengok belakang tanpa menoleh, boleh tengok sinar – sinar yang kita tidak boleh nampak, wah!!! hebatnya, macam dalam Televisyen pula, cerita dragonball, superman, dan macam – macam lagi. kalu macam itu, tuhan pun boleh pakai cermin mata kan? takut nanti terkeluar laser dari matanya pula. Begitulah jadinya jika kita tafsirkan melihatnya tuhan itu seperti melihatnya kita makhluknya yang lemah dan terbatas ini.

Oleh itu, dalam kita menafsirkan sifat tuhan, perkara yang paling pokok sekali ialah,

Bebaskan diri kita dari sebarang penafsiran yang bersandarkan perkiraan berbentuk alam kemanusiaan.